Thursday 11 August 2016

5 tips untuk perniagaan kecil anda

Baru nak memulakan perniagaan? Perniagaan adalah satu cabang hebat untuk menjana pendapatan tanpa had. Tapi, anda haruslah senantiasa celik niaga bagi memastikan perniagaan kecil anda berjaya menjadi besar pada suatu hari nanti. Di sini terdapat senarai tips untuk perniagaan kecil anda

Jangan tamak

Tamak seringkali membawa kita kepada kerugian. Bila kita terlalu mengejar keuntungan, pelanggan akan lari. Nak kejar untuk, kurangkan kualiti kurangkan kuantiti tetapi harga sama. Perkara ini bakal membuatkan pelanggan lari kerana mereka sudah kurang percaya dengan kita

Layan pekerja dengan baik

Kita seringkali mendengar 'Pekerja berhenti kerana bos bukan kerana kerja mereka'. Mereka  ada minat dengan kerja yang mereka lakukan. Mereka akan bersungguh-sungguh untuk melakukan kerja dengan baik . Tetapi, jika anda terlampau menekan perkerja bawahan, percayalah mereka akan meninggalkan anda suatu hari nanti. Kemahiran mereka sangat berharga dalam menjayakan bisnes anda

Jadi pendengar yang baik

Produk yang anda hasilkan tidak semestinya bagus 100%. Terdapat pelbagai kekurangan yang mesti anda perbaiki dari semasa ke semasa. Jadi, bersedia dengar segala kritikan dan komen daripada pelanggan. Selesaikan masalah yang ada pada produk tersebut agar pelanggan dapat memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada anda


Bisnes yang anda jalankan mestilah menyeronokkan

Anda hendak lari daripada dunia pekerjaan yang membosankan. Jadi kenapa perlu menjalankan bisnes yang banyak memberikan tekanan. Jadilah kreatif. Keluarkanlah idea-idea kreatif supaya keputusan untuk keluar daripada dunia pekerjaan yang membosankan tidak silap. 

Kesilapan adalah sebahagian daripada bisnes

Satu benda yang semua orang tahu tentang bisnes, Anda dan semua orang disekeliling anda akan membuat kesilapan. Jangan malu dengan kegagalan anda. Belajar daripada orang yang lebih pakar dan mulakan balik bisnes anda.


Sekian sahaja perkongsian tentang tips perniagaan kecil. Diharapkan bisnes anda boleh berjaya pada suatu hari nanti dan mampu bersaing dalam dunia perniagaan yang mencabar. Berseronoklah. Kerana anda yang menjadi bos pada diri sendiri.