Thursday 26 November 2015

konvo



Assalamualaikum....

Semenjak dua menjak ni timeline di fb, twitter, instagram kita dipenuhi momen2 siswazah bergraduasi. Pelbagai aksi ala-ala comel, unik, kelakar dan sebagainya mereka ambil sebagai kenangan buat tatapan mereka. Aku juga salah seorang daripada mereka yang baru sahaja menamatkan pelajaran. 



Konvo. Masing-masing buntu masing-masing keliru. Tak tahu mana nak tuju lepas habis belajar. Ada yang menyambung ke peringkat lebih tinggi jika belum mengambil hingga ke phD. Ada yang mencari kerja dan ada juga yang mendirikan rumah tangga. Yang menyambung ke peringkat lebih tinggi memang masih dalam perjalanan menuntut ilmu. Yang lain semua sudah mahu tutup buku tidak mahu membaca.

Ilmu. Sangat luas untuk dituntut. Tidak terhad masa, tempat dan peluang untuk menuntut ilmu. Kita perlu melengkapkan diri dan menimba ilmu sebanyak mungkin. Rugilah bagi mereka yang berhenti. Bangsa berjaya ialah bangsa yang berilmu. Lagi-lagi semuanya dihujung jari. Mari menuntut ilmu. Dan paling penting amalkan ilmu itu. Itu lebih bermakna.