Friday 21 August 2015

jom mulakan bisnes online

Assalamualaikum,
Hari ini aku nak cerita pasal bisnes online. Sebenarnya ada banyak cara nak buat duit online. Setakat yang aku tahu kita boleh buat bisnes affiliate seperti SFI Marketing. Tapi entri tu akan aku bincangkan dalam entri akan datang. Affiliate ni bisnes yang tak perlukan modal pun dan tak perlu pegang barang(maksud aku simpan barang). Tapi sekarang aku nak kongsi macam mana nak buat bisnes yang ada produk depan mata korang. Contoh yang popular, herbalife, shaklee dan amway.

1. Cara nak dapatkan produk

Nak mulakan bisnes herbalife? Shaklee? Amway? Senang je, korang kalau google memang akan nampak banyak agen diorang yang promote produk2 ni. Try pm(private message) diorang. Diorang akan berbesar hati nak tolong korang jadi agen macam diorang.

Ada jugak kes yang bilamana korang nak jual barang. Tapi duit pula takde. Jangan risau, ada satu benda ni dinamakan dropship. Ha, yang ni korang boleh google atau cari kat fb,twitter, instagram. Serius ramai je yang nakkan agen dropship. Dia konsep dia hampir sama dengan konsep affiliate. Di mana korang tak perlukan modal untuk mulakan bisnes dan tak perlu simpan orang  barang. Cuma cari orang pastu suruh customer masukkan duit dalam akaun korang. Korang pula masukkan duit dalam akaun penjual korang dan bagi alamat customer kat penjual. Dan korang akan dapat komisiennya.

2. Modal

Bagi yang nak juga cari modal untuk buat bisnes sendiri. Aku cadangkan korang kerja part-time kalau korang masih student. Eh, student pun boleh je nak buat part time dan bisnes online. Nampak tak dunia sekarang ni. Takpun kalo ade y nk minx sponsor besar dari PAMA(pa n ma) pon boleh je. Tapi, macam malu je nak minx kan bila dah besar2 ni.

3. Akaun bank

Akaun bank sangatlah penting untuk diadakan bila nak mulakan bisnes ni. Kalau tak macam mana lah ye nak mulakan bisnes ye. Biasanya akaun yang biasa orang guna maybank dan CIMB. Kalau boleh buatlah segala jenis macam akaun bank. Boleh elakkan kos transfer RM 1.06 tu.

Kalau pi ulang alik bank sebab nak keluar masuk bank pon penat kan + bazir minyak. Jadi adalah dinasihatkan untuk buat internet banking seperti maybank2u.

4. Marketing plan

Ha, ni korang belajar la sendiri. Korang boleh promote barang korang kat fb seperti yang diajar oleh master sifu fb ads kita, kat twitter, blog kalau boleh semua medium yang ada kat internet ni korang boleh try. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.

Ok semua, setakat ini sahaja perkongsian aku yang juga masih baru dalm bidang ni. Kepada yang da memang pakar buat bisnes online ni #kipidap #dongibab.

Sekian, terima kasih