Thursday 11 August 2016

5 tips untuk perniagaan kecil anda

Baru nak memulakan perniagaan? Perniagaan adalah satu cabang hebat untuk menjana pendapatan tanpa had. Tapi, anda haruslah senantiasa celik niaga bagi memastikan perniagaan kecil anda berjaya menjadi besar pada suatu hari nanti. Di sini terdapat senarai tips untuk perniagaan kecil anda

Jangan tamak

Tamak seringkali membawa kita kepada kerugian. Bila kita terlalu mengejar keuntungan, pelanggan akan lari. Nak kejar untuk, kurangkan kualiti kurangkan kuantiti tetapi harga sama. Perkara ini bakal membuatkan pelanggan lari kerana mereka sudah kurang percaya dengan kita

Layan pekerja dengan baik

Kita seringkali mendengar 'Pekerja berhenti kerana bos bukan kerana kerja mereka'. Mereka  ada minat dengan kerja yang mereka lakukan. Mereka akan bersungguh-sungguh untuk melakukan kerja dengan baik . Tetapi, jika anda terlampau menekan perkerja bawahan, percayalah mereka akan meninggalkan anda suatu hari nanti. Kemahiran mereka sangat berharga dalam menjayakan bisnes anda

Jadi pendengar yang baik

Produk yang anda hasilkan tidak semestinya bagus 100%. Terdapat pelbagai kekurangan yang mesti anda perbaiki dari semasa ke semasa. Jadi, bersedia dengar segala kritikan dan komen daripada pelanggan. Selesaikan masalah yang ada pada produk tersebut agar pelanggan dapat memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada anda


Bisnes yang anda jalankan mestilah menyeronokkan

Anda hendak lari daripada dunia pekerjaan yang membosankan. Jadi kenapa perlu menjalankan bisnes yang banyak memberikan tekanan. Jadilah kreatif. Keluarkanlah idea-idea kreatif supaya keputusan untuk keluar daripada dunia pekerjaan yang membosankan tidak silap. 

Kesilapan adalah sebahagian daripada bisnes

Satu benda yang semua orang tahu tentang bisnes, Anda dan semua orang disekeliling anda akan membuat kesilapan. Jangan malu dengan kegagalan anda. Belajar daripada orang yang lebih pakar dan mulakan balik bisnes anda.


Sekian sahaja perkongsian tentang tips perniagaan kecil. Diharapkan bisnes anda boleh berjaya pada suatu hari nanti dan mampu bersaing dalam dunia perniagaan yang mencabar. Berseronoklah. Kerana anda yang menjadi bos pada diri sendiri.

4 cara untuk menjana pendapatan pasif di internet

Zaman sekarang memang sangat-sangat perlukan duit. Kita memang kena pandai cari duit sebab kos sara hidup memang tinggi. Itu memang tidak dapat dinafikan. Kalau nak harap gaji bulan je, memang susah nak hidup. Jadi, kita kena kreatif mencari duit. Kalau buat dua kerja, alamatnya tak tidur la kita. Jadi, kita kena mencari idea baru untuk menjana pendapatan tambahan.

Internet adalah satu platform menarik untuk menjana pendapatan pasif. Banyak cara yang kita boleh praktikkan jika kita pandai mencari info untuk menjana pendapatan pasif melalui internet. Di sini ialah senarai menarik untuk menjana pendapatan pasif di internet.

Buat blog, website dan pasang iklan

Rasanya ramai rakyat Malaysia yang tahu menggunakan cara ini. Anda buat website blog/website sendiri dan dapatkan ramai visitor ke blog anda. Semakin ramai visitor, semakin tinggi possibility untuk mereka klik pada iklan di blog anda. Kandungan ataupun artikel yang anda buat mestilah kreatif untuk menarik para pengunjung berkunjung ke blog anda. Anda boleh menggunakan nuffnang ataupun syarikat pengiklanan lain yang boleh memberikan anda sejumlah wang.

Buat akaun youtube

Hasilkan video yang menarik, tentang apa-apa sahaja. Dan monetizekan iklan anda di akaun youtube anda. Pelbagai cara lagi yang boleh digunakan untuk menjana wang melalui youtube seperti buat review mengenai sesuatu produk, mempromosikan barang jualan anda sendiri di youtube dan lain-lain lagi.
yang berwarna kuning itu ialah iklan yang akan muncul di video yang anda muat naik

Mendaftar sebagai freelancer di internet

Anda mahir menggunakan komputer, boleh menyunting video, boleh menghasilkan grafik yang kreatif. Juallah segala perkhidmatan di internet seperti upwork, fiver dan sebagainya.

Mendaftar sebagai agen dropship

Dengan dropship pon boleh menjadi jutawan. Tiada modal untuk menjual produk? Tiada masalah. Anda suka melayari internet. Suka melayan pelanggan di internet. Berminat mempromosikan sesuatu. Terdapat ramai pemilik yang mencari agen dropship yang ingin menolong mereka menjual produk mereka. Jadi, anda boleh mendaftar dengan mereka.

Diharapkan artikel ringkas ini dapat menjana idea anda untuk menjana pendapatan pasif di rumah. Tidak susah sebenarnya asalkan kemahuan anda tinggi dan anda bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian anda.

Wednesday 10 August 2016

4 Tips yang mesti diguna pakai apabila hendak membeli rumah

Di usia muda, semestinya kita mahu mengumpul harta seperti kereta, rumah dan sebagainya. Kereta boleh jadi beban dan juga aset bergantung kepada cara kita mengendalikannya. Tetapi, rumah ialah aset yang sebenar-benarnya.  Tetapi, membeli rumah tidak semudah membeli ikan di pasar, mana nampak elok dan cantik terus ambil. Kita perlu ada ilmu supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

Pilih berdasarkan kemampuan

Tengok gaji, tengok duit dalam poket dan simpanan, tengok mana yang bersesuaian. Semua ini penting untuk memudahkan urusan membeli rumah dan mudah mendapatkan pinjaman. 

Tuliskan apa yang anda mahukan dalam rumah anda

Bayangkan ruangan-ruangan yang anda mahu dalam rumah anda. Minta pendapat pasangan atau keluarga dalam merealisasikan rumah impian anda sekeluarga. Senaraikan ciri-ciri yang mesti ada pada rumah anda agar anda gembira dengan rumah yang anda diami kelak.

Membuat sedikit kajian pada rumah yang bakal anda diami/beli

"Cantiknya rumah tu sayang, jom beli". Jangan, jangan dan jangan bertindak melulu. Buat dulu pemeriksaan defect/kecacatan yang terdapat pada rumah itu. Jikalau tidak tahu, rujuklah pada rakan-rakan yang anda pasti kebolehan mereka untuk mengenalpasti kualiti bahan yang dibuat untuk membina rumah anda. Jangan baru beli 5 tahun, sudah meretak sana sini.

Dapatkan agen hartanah yang betul

Jika anda sudah berjaya mendapatkan agen yang anda yakin, tahniah!! Jika tidak, anda perlu mencari mereka untuk memudahkan urusan anda. Memang agak leceh kerana ia menggunakan banyak masa dan wang tetapi, sedarlah bahawa ianya akan memberikan kebaikan kepada anda di kemudian hari.






Tuesday 9 August 2016

5 sebab tak suka tengok drama melayu

Drama melayu! Huh! Susah sangat nak tengok yang berkualiti, yang mencabar minda, yang mampu bagi ilmu dan nilai tertentu dalam kehidupan seharian kita. Moral tiada, nilai-nilai murni tiada, yang hanya ada cuma

CINTA! CINTA! CINTA!

Patutlah anak muda sekarang, duk sibuk nak kahwin muda. Berangan bestnya kahwin muda, dapat pasangan cantik/hensem semuanyalah yang ada dalam drama khayalan melayu. Banyak yang zero, banyak yang kurangnya.

Berbeza dengan cerita melayu dahulu karya Allahyarham P.Ramlee, ringkas dan padat tapi penuh pengajaran hingga tak jemu ditonton sehingga ke hari ini walaupun diulangtayangkan beberapa kali.

Bukan tak hendak menyokong karya seniman di negara sendiri, tapi, apa yang dipertontonkan sangat-sangat mengecewakan dan boleh membantutkan pemikiran anak muda.

Diantara sebab tak suka tengok drama melayu adalah:

1) Orang muda yang bekerjaya profesional nampak macam kaya sangat

Okay! Dia engineer tapi ada rumah besar ada kereta besar! Tak tahu ke graduan sekarang yang mempunyai title engineer dapat purata gaji antara RM 1800-RM 2500 sahaja untuk sebulan. Mana nak dapat bermewah-mewahan sebegitu! Rumah sewa, bagi duit kat mak ayah, makan pakai. Semuanya cukup-cukup nak hidup. Kaji dulu rakyat Malaysia macam  Amana baru buat cerita.


2) Kahwin paksa, sedih lama-lama hidup gembira

Kahwin paksa! Ingat semua orang boleh dapat nasib yang sama! Kalau dari mula kahwin asyik kena seksa sampai mati macam mana? Ada saja kes sebegitu okay!

3) Mengandung dan lahirkan anak


Dulu dia jahat. Buat maksiat dan lahirkan anak! Banyak betul cerita macam ni. Tak elok tau tayangkan banyak-banyak.

4) Projek berjuta-juta

Kaya sangat ke syarikat-syarikat di Malaysia ni?

5) Adegan suami isteri yang konon-konon sah berpelukan atas katil

Oh! Sangat tak sesuai dipertontonkan oleh negara Islam. Kita bukan orng kafir, pengarah, penerbit semua Islam, tapi, buat drama macamtu? Ish , tak sesuai betul.

Ok, banyak lagi sebenarnya yang tak betul dalam drama melayu! Hadam dan sama-samalah kita memperbaiki diri. Bukan tak nak menyokong drama dan filem melayu, cuma kalau boleh tingkatkanlah kualiti dan sesuaikanlah drama itu agar dapat membentuk rakyat Malaysia berminda kelas pertama. Aminn.





5 panduan selepas mendapat tawaran kemasukan ke universiti

Tahniah kepada bakal siswa/i yang telah mendapat tawaran kemasukan ke universiti. Mesti anda semua gembira selepas melihat keputusan UPU anda berjaya. Kepada yang tidak berjaya, banyak lagi inisiatif lain yang boleh anda perolehi. Rezeki di bumi Allah ini luas. Cari saja, pasti ada jalannya. Yang penting usaha, doa dan tawakal.

Ok, anda dapat tawaran. Semua gembira, tak kurang juga yang mencemuh jika bidang yang anda dapat bukan bidang profesional. Persetankan semua, janji anda tahu jalan yang anda hendak lalui. Asalkan ada perancangan, insyallah akan dipermudahkan di kemudian hari.


Selepas mendapat tawaran, mungkin perasaan gementar, keliru dan tidak pasti bidang yang didapati sesuai atau tidak dengan diri kita. Jangan takut! Asalkan kita tenang dengan keputusan kita, insyallah itu ialah jalan yang terbaik untuk diri kita.


Ok! Di sini ada disertakan panduan yang boleh anda buat selepas berjaya mendapat tawaran kemasukan ke univerisiti:


1) Pastikan bidang dan universiti yang ditawarkan mendapat akreditasi penuh dan diiktiraf MQA.


Ini sangat penting bagi graduan. Jika tidak ada pengiktirafan, rugi sahaja belajar 3-5 tahun kerana majikan tidak akan menerima graduan yang tidak diiktiraf oleh badan tersebut.


2) Cari maklumat berkaitan universiti dan bidang yang ditawarkan.


Ini untuk menyelesakan para pelajar pada masa akan datang dan melancarkan perjalanan semasa hendak mendaftar di universiti tersebut. Tak tahu jalan, tersesat dan terlambat pasti menyusahkan keluarga yang menghantar anda dari jauh dan berlaku pembaziran masa dan wang. Sediakan mental dan fizikal yang mencukupi amat penting untuk memudahkan pembelajaran di universiti kelak.


3) Masuk ke dalam group bakal mahasiswa/i di universiti masing2.


Biasanya, setiap fasilitator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kemasukan pelajar baru akan membuat satu group untuk memudahkan junior mengetahui tentang universiti terbabit. Bakal pelajar akan dapat berinteraksi secara langsung dengan senior dan memudahkan mereka mendapat tunjuk ajar daripada senior.


4) Dapatkan restu daripada ibu bapa dan berdoa agar itu pilihan yang terbaik.


Redha ibu bapa sangat berharga untuk memastikan kejayaan kita di masa akan datang. Dapatkan restu dan yakinkan mereka bahawa bidang yang kita pilih adalah yang terbaik untuk diri kita.


5) Persediaan diri yang mencukupi.


Sediakan segalanya. Mental, fizikal dan rohani. Barang-barang untuk masuk uni, peralatan belajar semua haruslah disediakan agar kita tidak rasa resah apabila tiba hari pendaftaran. Permulaan sesuatu adalah benda paling sukar dalam hidup kita. Jadi, bersedialah.


Setakat ini sahaja panduan yang dapat diberikan. Diharap maklumat ini berguna untuk adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran di universiti. Jangan gentar dan percaya bahawa pertolongan Allah sentiasa ada untuk memudahkan kita,



Monday 8 August 2016

Pokemon go. Elok sangat ke tu main benda alah tu?

Pokemon go. Ramai betul yang bercerita pasal pokemon ni. Ada yang suka sangat dengan pokemon go ni. Tak kurang juga yang menentang. Malaysia ni penuh dengan trend, troll dan bash. Kebanyakannya dari keyboard warrior. Kau takkan nampak muka dia, tapi, kau akan nampak betapa hebatnya penulisan dia.

Dahsyat woo. Sekali ada geng keyboard warrior yang satu kepala bersatu menjadi majoriti, minoriti mesti kalah.

Takkan menang punya. Tak kira dari topik politik, kewangan, pekerjaan, kecantikan, semua boleh buat gaduh dan boleh jadi perbahasan ilmiah oleh mereka2 yang pandai menulis.

Benda kecil, orang hati tisu dan pandai putar cerita akan menjadikannya besar. Padahal niatnya hanya menegur dan mengingatkan umat manusia yang lain agar tidak lalai dan cuai. Bangkitlah semua...larilah daripada kelalaian. Hidup tak lama, tingkatkan amalan jauhi kelalaian. Nanti dipersoalkan di akhirat, amalan mu apa? Takkan nak cakap pasal pokemon je.

Bila orang tegur, hadam dan nilaikan sendiri.

Sekian.

Saturday 6 August 2016

Kahwin muda. Antara realiti dan fantasi

Kahwin muda?

Siapa tak nak ada teman hidup? Siapa tak nak bersama yang tersayang? Siapa yang tak mahu disayangi?

Aku pon terasa mahu itu. Kau pun terasa mahu itu. Tapi, bila tengok orang sibuk nak kahwin muda ni. Aku terfikir kenapa diaorang tak sabar-sabar nak kahwin? Dah capai ke segala benda yang kau nak buat sebelum berumahtangga. Walaupun tak semua, kau patut ambil kira berapa persen pencapaian hidup kau. Kau pasti ke pasangan hidup kau akan sokong kau sepanjang masa selepas kahwin?

Kau tak tahu ke banyak pasangan yang sebelum kahwin sanggup janji ambilkan bintang dari galaksi sebelah,tapi, lepas kahwin minta tolong capaikan remote control kat sebelah pun tak mahu. Berpijakla pada realiti. Fantasi memang indah. Tapi, fungsikanlah otak kiri tu juga. Baru boleh lihat dunia dengan pancaindera yang ada tanpa imaginasi sahaja.

Jangan kata aku ni tak tahu ke rezeki lepas berumahtangga lain? Ramai yang rezeki melimpah ruah lepas berkahwin. Kau kena percaya dengan rezeki yang tuhan bagi.

Ok, tu rezeki dia. Alhamdulillah kehidupan dia macamtu . Bahagia. Tapi kau, kau pasti ke kau boleh jadi macam dia?

Pijak tanah. Tanya diri. Selami diri kau. Selami diri dia. Kalau kau pasti. Solat istikharah pun sudah (Kau kena pastikan, yang hasilnya datang dari hidayah Allah bukan syaitan atau hawa nafsu,sucikan solat tu)

Pastikan mak ayah kau redha. Pastikan diorang rela melepaskan korang yang masih muda tu. Redha Allah terletak pada redha mak ayah. Kalau diorang tak redha, kalau diorang rasa kau tidak cukup melaksanakan tanggungjawab kau, macam mana kau nak bahagia lepas kahwin macam idola kau yang kahwin muda tu.

Sekian.