Saturday 6 August 2016

Kahwin muda. Antara realiti dan fantasi

Kahwin muda?

Siapa tak nak ada teman hidup? Siapa tak nak bersama yang tersayang? Siapa yang tak mahu disayangi?

Aku pon terasa mahu itu. Kau pun terasa mahu itu. Tapi, bila tengok orang sibuk nak kahwin muda ni. Aku terfikir kenapa diaorang tak sabar-sabar nak kahwin? Dah capai ke segala benda yang kau nak buat sebelum berumahtangga. Walaupun tak semua, kau patut ambil kira berapa persen pencapaian hidup kau. Kau pasti ke pasangan hidup kau akan sokong kau sepanjang masa selepas kahwin?

Kau tak tahu ke banyak pasangan yang sebelum kahwin sanggup janji ambilkan bintang dari galaksi sebelah,tapi, lepas kahwin minta tolong capaikan remote control kat sebelah pun tak mahu. Berpijakla pada realiti. Fantasi memang indah. Tapi, fungsikanlah otak kiri tu juga. Baru boleh lihat dunia dengan pancaindera yang ada tanpa imaginasi sahaja.

Jangan kata aku ni tak tahu ke rezeki lepas berumahtangga lain? Ramai yang rezeki melimpah ruah lepas berkahwin. Kau kena percaya dengan rezeki yang tuhan bagi.

Ok, tu rezeki dia. Alhamdulillah kehidupan dia macamtu . Bahagia. Tapi kau, kau pasti ke kau boleh jadi macam dia?

Pijak tanah. Tanya diri. Selami diri kau. Selami diri dia. Kalau kau pasti. Solat istikharah pun sudah (Kau kena pastikan, yang hasilnya datang dari hidayah Allah bukan syaitan atau hawa nafsu,sucikan solat tu)

Pastikan mak ayah kau redha. Pastikan diorang rela melepaskan korang yang masih muda tu. Redha Allah terletak pada redha mak ayah. Kalau diorang tak redha, kalau diorang rasa kau tidak cukup melaksanakan tanggungjawab kau, macam mana kau nak bahagia lepas kahwin macam idola kau yang kahwin muda tu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment