Thursday 3 September 2015

Resipi asam pedas melaka sedap gila-gila

Assalamualaikum,

Hai, bagi peminat asam pedas melaka. Ni...ade resipi asam pedas melaka. Mana tahu, kot2 la duit asyik habis sedap pergi kedai makan beli asam pedas. Apa kata cuba buat sendiri di rumah. Resipi ni memang sedap dan menjadi. cubalah. Mana tahu boleh jadi lagi sedap dari kat kedai makan tu.Ok, ni resepinya.

Bahan-bahan:
sekilo daging/ikan/ayam
3 senduk cili mesin
3 sudu kunyit serbuk
asam jawa (agak2) atau pakai asam jawa adabi 3 sudu
garam secukup rasa
serbuk perasa(ajinomoto)/gula(perang/gula melaka)
7 helai daun limau purut
bahan kisar
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
7 biji buah keras
belacan (agak2)
7 ulas bawang putih
12 ulas bawang merah kecil
cara-cara:
1. masukkan minyak dan tumis bahan blend sampai garing/wangi
2. masukkan cili yang da dimesin + serbuk kunyit + daun limau purut.
3. lepas garing, masukkan daging dan air ikut kesesuaian.
4. Lepas daging masak, masukkan asam jawa.
5. tunggu sampai mendidih.
6. garam secukup rasa + serbuk perasa
p/s: untuk ikan....tunggu kuah mendidih baru masukkan ikan
pakai api sederhana 

garam masuk last2...adelah sebabnya...panjang nau nk cerita...

Sekian, terima kasih

Wednesday 2 September 2015

Resipi sambal goreng ikan bilis

Assalamualaikum,

Dalam post kali ni, aku nak share resipi sambal goreng ikan bilis. Saja nak kongsikan resipi ni sebab setiap kali bawa masa zaman belajar, semua cakap sedap dan selalu minta resepi ni kat aku. Senang je nak masak cuma bila kita banyak bersabar, lagi sedap lah rasa sambal goreng ikan bilis kita ni. Ha, nampak tak, jangan pandang rendah pada sambal goreng. Ok, mulakan dengan bahan2nya.

Bahan2:

Segenggam ikan bilis ( kalau nak lagi banyak tambah je)
7 ulas bawang merah- ditumbuk atau mesin bersama2 bawang putih
3 ulas bawang putih
3 senduk cili kering yang dimesin (kalau pakai cili boh dalam peket tu tak payah letak garam dah                                                               sebab dah secukup rasa)
sedikit ajinomoto ( Bagi yang tak suka, tak nak letak pon takpe)
garam secukup rasa ( kalau tak yakin dengan garam yang nak isi, panggil 1 rumah, tanya ok tak                                              garam yang diletakkan)
sedikit belacan

Ok, tiba masanya nak goreng2 sambal goreng kita, aku suka bila ikan bilis tu bila dimakan dengan sambal rasa rangup2, jadi ni caranya.

Cara2

1. Panaskan kuali, panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing-asingkan dan sejukkan..
2. Guna minyak goreng ikan bilis tadi dan tumiskan bawang merah dan putih bersama2 belacan.
3. Goreng sampai naik bau dan masukkan cili.
4. Goreng dengan penuh kesabaran, jaga api elok2, jangan sampai hangit, nanti sambal rasa pahit.
5. Dah masak ataupun bagi yang suka goreng sampai kering, gorenglah, lepastu masukkan ajinomoto dengan garam.
6. Biarkan sejuk lepas dah sejuk masukkan ikan bilis tadi.
7. Bagi yang nak kekalkan kerangupan dalam jangka masa panjang, masukkan dalam bekas kedap udara.

Sambal goreng ni sebenarnya boleh tahan lama jika dimasak dengan betul, sampai berminggu,
masak lemak cili api, asam pedas semuanya boleh tahan lama (tapi takdelah sampai berhari2) bilamana kita gunakan cara yang betul. Ni mak akulah yang cakap. Lain kali aku kongsikan lagi.

Terima kasih.




oh my english- Mari belajar bahasa inggeris

Assalamualaikum,

Bahasa Inggeris ini ialah lingua franca pada zaman sekarang. Banyak benda yang apabila kita buat kita kena tahu bahasa Inggeris. Bila nak masuk universiti, bila nak cari kerja, banyak betul nak perlukan kita berbahasa inggeris. Oleh itu, marilah kita belajar bahasa inggeris ini. Mana tahu mungkin berguna untuk kita satu hari nanti. Ini ialah koleksi grammar yang telah dikumpulkan dari internet. Tak ingat dah siapa empunya gambar, tapi minta dihalalkan ilmu ini




Ini adalah serba sedikit gambar yang dikumpulkan, akan datang , akan diupload lagi.

Terima kasih

P/S: Mr Middleton akan kembali 5 September 2015. Oh my goat. Macam best je.