Tuesday 9 August 2016

5 panduan selepas mendapat tawaran kemasukan ke universiti

Tahniah kepada bakal siswa/i yang telah mendapat tawaran kemasukan ke universiti. Mesti anda semua gembira selepas melihat keputusan UPU anda berjaya. Kepada yang tidak berjaya, banyak lagi inisiatif lain yang boleh anda perolehi. Rezeki di bumi Allah ini luas. Cari saja, pasti ada jalannya. Yang penting usaha, doa dan tawakal.

Ok, anda dapat tawaran. Semua gembira, tak kurang juga yang mencemuh jika bidang yang anda dapat bukan bidang profesional. Persetankan semua, janji anda tahu jalan yang anda hendak lalui. Asalkan ada perancangan, insyallah akan dipermudahkan di kemudian hari.


Selepas mendapat tawaran, mungkin perasaan gementar, keliru dan tidak pasti bidang yang didapati sesuai atau tidak dengan diri kita. Jangan takut! Asalkan kita tenang dengan keputusan kita, insyallah itu ialah jalan yang terbaik untuk diri kita.


Ok! Di sini ada disertakan panduan yang boleh anda buat selepas berjaya mendapat tawaran kemasukan ke univerisiti:


1) Pastikan bidang dan universiti yang ditawarkan mendapat akreditasi penuh dan diiktiraf MQA.


Ini sangat penting bagi graduan. Jika tidak ada pengiktirafan, rugi sahaja belajar 3-5 tahun kerana majikan tidak akan menerima graduan yang tidak diiktiraf oleh badan tersebut.


2) Cari maklumat berkaitan universiti dan bidang yang ditawarkan.


Ini untuk menyelesakan para pelajar pada masa akan datang dan melancarkan perjalanan semasa hendak mendaftar di universiti tersebut. Tak tahu jalan, tersesat dan terlambat pasti menyusahkan keluarga yang menghantar anda dari jauh dan berlaku pembaziran masa dan wang. Sediakan mental dan fizikal yang mencukupi amat penting untuk memudahkan pembelajaran di universiti kelak.


3) Masuk ke dalam group bakal mahasiswa/i di universiti masing2.


Biasanya, setiap fasilitator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kemasukan pelajar baru akan membuat satu group untuk memudahkan junior mengetahui tentang universiti terbabit. Bakal pelajar akan dapat berinteraksi secara langsung dengan senior dan memudahkan mereka mendapat tunjuk ajar daripada senior.


4) Dapatkan restu daripada ibu bapa dan berdoa agar itu pilihan yang terbaik.


Redha ibu bapa sangat berharga untuk memastikan kejayaan kita di masa akan datang. Dapatkan restu dan yakinkan mereka bahawa bidang yang kita pilih adalah yang terbaik untuk diri kita.


5) Persediaan diri yang mencukupi.


Sediakan segalanya. Mental, fizikal dan rohani. Barang-barang untuk masuk uni, peralatan belajar semua haruslah disediakan agar kita tidak rasa resah apabila tiba hari pendaftaran. Permulaan sesuatu adalah benda paling sukar dalam hidup kita. Jadi, bersedialah.


Setakat ini sahaja panduan yang dapat diberikan. Diharap maklumat ini berguna untuk adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran di universiti. Jangan gentar dan percaya bahawa pertolongan Allah sentiasa ada untuk memudahkan kita,



No comments:

Post a Comment