Sunday 8 February 2015

Cara Mengempiskan Perut

Assalamualaikum

Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mengalami masalah perut buncit. Aku pun tak terkecuali. Kadang-kadang kawan aku tu dia kurus tapi perut...mak aii ..buncit. Alamak, terkutuk pula. Masalah perut buncit ni menyebabkan ramai yang cari produk2 dengan harapan, bila diorang sapu tu perut tu akan mengempis. Tapi, tak semudah tu, pemakanan, kerajinan menyapu dan banyak lagi faktor perlu dititik beratkan. Kadang-kadang sakit hati tu akan datang bila ada orang kata perut kita macam perut ibu mengandung dan bla..bla..bla... Ya, diakui, ramai orang disekeliling kita suka merendah2kan fizikal kita. Oleh itu, jom tengok video Kevin Zahri ni. Beliau ada menunjukkan senaman yang mampu membuatkan perut kita kempis. Tanpa menggunakan produk yang mahal dan tanpa alatan. Senaman ini ialah senaman kardio yang boleh dilakukan kat ruang tamu rumah kita, bilik tidur atau dimana sahaja. Mari kita tonton video itu di bawah


Ha, tengok dah? Bagi yang tidak berkemampuan nak beli produk atau alatan mahal2, boleh cuba senaman yang disarankan. Yang penting rajin tu kena ada. Hew hew. Kalau ada yang berkenan nak tengok ebook Kevin Zahri boleh la tengok link tadi.  Mari la kita sama-sama menjadi warganegara Malaysia yang sihat dan bebas dari pelbagai penyakit.

Sekian.


No comments:

Post a Comment