Showing posts with label CERITAKU. Show all posts
Showing posts with label CERITAKU. Show all posts

Thursday 29 January 2015

kenduri kahwin

Assalamualaikum..

ceritanya.... kawan aku ramai gila da kahwin...bertunang...
like..seriously??????
aku macam xpercaya
tepuk2 muka...sakit...ok...betul la tu...
terbaik la kawan2 aku
aku kat depan laptop... mengarut, buat assignment...tgk cter korea... study sikit...
tu je keje aku...
paling rajin pon pi toilet, pi dapur cari mknn,....
lol...macam org xde life.... mungkin patut berubah
tapi,,,serius aku rasa, muda lagi kot nak mmbina rumah tangga
but...how can they????
haha....jodoh da datang cepat...duit ada... mungkin sebab tu diorang kahwin
kepada kawan2 aku.... congrat...kepada korang y single mingle macam aku..
jangan bersedih.....
yang memang x couple mcm aku....high 5 2 kali....

chill

sekian

Friday 23 January 2015

Misi seorang sukarelawan banjir

Assalamualaikum..

Entri kali ini tentang pengalaman aku berkecimpung dalam dunia kesukarelawanan.
Haha, baru first time akceli aku nak join misi2 kesukarelawanan ni. Seperti yang kita sedia maklum tahun lepas, 2014, banjir besar telah melanda Pantai Timur Malaysia. Memang dahsyat kali ini sampai tutup bumbung. Mesti korang ada je tengok orang2 update kat facebook, twitter dan segala media sosial yang ada kat dunia internet ni kan. Kalau tak alert gak tak tahu lah.

Dipendekkan cerita, aku terbuka hati nak join misi kesukarelawanan. Time tu baru je lepas abis exam dari 16/1 - 19/1. Aku join ni sebab aku nampak iklan universiti tempat ak belajar cari sukarelawan untuk bantu mangsa banjir ni. Mula-mula, pihak atasan cakap nak pi Kelantan, tapi bertukar ke Pahang pula pada minit akhir.

Aku time pergi misi banjir kat pahang ni ingatkan kitorang kena pulun main lumpur habis-habisan, tapi, tak seperti cabaran yang aku bayangkan. Kerja yang aku buat cuma cuci lantai bagi hilang kotoran lumpur yang da menipis dan cuci pinggan mangkuk. Walaubagaimanapun, rasa penat tu tetap ada. Tak dapat bayangkan lah kalau sukarelawan yang berlumpur habis tu penat macam mana. Penduduk kat situ kata diaorang da bersihkan minggu sebelumnya. Mungkin sebab kami datang lewat, jadi tinggal sikit kerja je untuk kami.

Apa-apapun penduduk kat situ memang ramah. Diorang banyak bagi kerjasama semasa kerja pembersihan dilakukan. Mereka juga redha dengan musibah yang menimpa dan akan berusaha untuk mengatasi masalah akibat daripada musibah yang menimpa mereka.

Kawan2 aku pun ramai yang bersemangat tolong penduduk kat situ. Keprihatinan yang kitorang bagi buatkan penduduk2 kat situ gembira. Walaupun terlewat, bagi mereka kedatangan kami meringankan sikit beban mereka. Pada yang nak hulurkan bantuan, sila2 lah cari saluran bantuan yang betul dan hulurkan lah kepada mereka. PEACE.

Sekian..

Thursday 22 January 2015

lalalala

Assalamualaikum..

Pagi lagi ni.... sarapan pun tak lagi.... padahal dah nak dekat pukul 11.... Salam semua.... ceria2 selalu :D