Showing posts with label TIPS BLOG. Show all posts
Showing posts with label TIPS BLOG. Show all posts

Friday 23 January 2015

Cara Nak Popularkan Blog

Cara nak jadi popular di search engine adalah mendaftarkan blog kita di direktori seach engine. Sudahkah Rakan Blogger mendaftar blog anda di 
Kalau belum daftar klik link tersebut dan daftar segera tapi jangan lupa verify dan buat setting sekali. Cara lain nak popularkan blog, korang boleh baca entri Cara Nak Popularkan Blog oleh blogger denai hati.

Cara buat duit melalui internet

Servis buat blog
Kebanyakan orang yang tahu menggunakan komputer dan tahu melayari internet sudah pasti tidak pelik dengan perkataan blog. Ramai juga yang berjaya menjadikan blog sebagai tempat meluahkan hasil karya masing-masing seperti menulis pengalaman dan memuat naik gambar-gambar menarik yang mana pada awalnya perkara ini dilakukan hanya untuk keseronakan sahaja. Akan tetapi, lama-kelamaan wujud pula banyak maklumat dan mentor-mentor jutawan internet dari luar negara yang memberi ide kepada penulis-penulis blog untuk merebut peluang keemasan dan membuat duit di blog masing-masing.
Namun ada pula segelintir pengguna yang hanya tahu apa itu blog tetapi tidak pula berpengetahuan macamana mereka boleh mengikut jejak langkah mereka yang berjaya dan membuat duit dari blog. Jika kita perhatikan, dalam satu blog (sebagai contoh: www.blogspot.com) terdapat banyak komponen yang diletak untuk menarik perhatian orang yang melayari internet datang melawat blog mereka.
Inilah peluang anda pula yang mahir membuat blog untuk menawarkan servis kepada mereka yang tidak mahir. Bagaimana pula anda boleh mengiklan servis anda ini? Pertama sekali anda boleh meletakkan iklan anda di blog anda sendiri. Letakkan sampel blog yang sudah hamper siap supaya bakal pelanggan anda boleh memilih mengikut kesesuaian masing-masing. Anda harus ingat, bakal pelanggan anda tidak mahir membuat blog, jadi bahasa yang anda gunakan untuk mengiklan servis anda mestilah menggunakan bahasa yang mudah difahami. Langkah yang ringkas perlu diberi supaya apabila mereka sudah mempunyai blog hasil daripada servis anda, mereka juga mahir mengurus blog dari masa ke masa.
Anda boleh menyediakan pakej bayaran yang berbeza mengikut isi kandungan atau tahap kesukaran untuk membuat blog tersebut.
Servis menulis
Anda mempunyai komputer? Anda juga melanggan khidmat internet? Anda berminat dengan penulisan dan mempunyai ide kreatif? Anda mempunyai masa terluang dan anda tidak mahu membuat duit dengan bekerja di luar atau di kedai mengikut masa yang ditentukan majikan? Jika anda menjawab “Ya” untuk soalan-soalan tersebut, maka anda boleh memulakan servis menulis buku atau artikel untuk menjana wang pendapatan. Anda tidak perlu keluar daripada rumah untuk kerja ini. Iklankan sahaja servis anda di laman web yang berkenaan contohnya syarikat penerbitan buku dan majalah. Pelbagai bahan yang boleh anda siapkan seperti seperti buku resepi, buku fiksyen atau artikel dan sebagainya. Banyak syarikat penerbitan dalam dan luar negara pada waktu ini sedia menerima hasil karya anda hanya melalui internet dan proses penerbitan juga tidak mengambil masa yang terlalu lama seperti waktu dahulu semasa ketiadaan komputer dan internet.
Servis penghantaran iklan percuma
Jika anda sering melayari internet dan gemar mengikuti forum yang terdapat di internet, anda mungkin boleh memulakan servis untuk mebuat penghantaran iklan kepada mereka yang tidak mempunyai masa untuk menguruskan iklan untuk perniagaan mereka. Ini adalah satu servis seperti agen pengiklanan tawarkan tetapi anda akan lakukannya secara atas talian. Struktur bayaran boleh dipakej supaya anda akan menerima pendapatan setiap kali pelanggan membeli produk yang diiklankan oleh anda.
Servis penterjemahan
Kerja-kerja penterjemahan boleh dimulakan jika penguasaan anda terhadap bahasa adalah bagus. Anda seharusnya mempunyai kemahiran untuk menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa supaya anda boleh menawarkan kerja-kerja menterjemah daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Contohnya daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris, daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Jepun dan lain-lain.
Bagaimana pula internet boleh imembantu anda untuk mencari duit dengan kerja-kerja penterjemahan? Beberapa cara yang dicadangkan ialah dengan mengiklankan perkhidmatan anda melalui laman web contohnya www.mudah.my danwww.facebook.com. Internet akan membantu anda mencari pelanggan. Apabila pelanggan bersetuju dengan caj yang anda kenakan, segala proses penterjemahan bermula dari penghantaran dokumen untuk diterjemahkan boleh dilakukan melalui internet juga iaitu melalui emel atau boleh juga dihantar melalui pos. Begitu juga dengan proses mengembalikan dokumen yang telah siap diterjemahkan. Bayaran pula boleh dilakukan melalui internet juga seperti melalui laman web www.maybank2u.com.my atau www.cimbclicks.com.my untuk pelanggan yang mempunyai akaun bank di dalam negara. Jika pelanggan anda tidak mempunyai akaun di Malaysia dan pembayaran dibuat melalui akaun dari luar negara, anda perlu membuka akaun yang lebih bersifat antarabangsa seperti akaun Paypal dan sebagainya. Secara manual pula anda boleh mengarahkan pelanggan untuk membuat pembayaran malalui Western Union yang boleh didapati hampir di setiap bandar di negara kita.
Servis menjual dokumen contoh (template) seperti dokumen undang-undang
Anda seorang pakar dalam sesuatu bidang? Contohnya bidang undang-undang. Pada masa sekarang dengan kemajuan ekonomi negara, banyak transaksi yang melibatkan perniagaan dan perdagangan berlaku antara banyak pihak. Banyak dokumen undang-undang dihasilkan setiap hari untuk memastikan transaksi yang melibatkan wang tidak menjadi sia-sia. Dokumen undang-undang ditandatangani untuk menjaga hak-hak dan kepentingan pihak yang terlibat.
Contoh dokumen undang-undang yang anda boleh jual dan amat diperlukan ramai orang ialah dokumen perjanjian sewa rumah atau pejabat antara penyewa dan pemilik rumah atau pejabat tersebut. Sesetengah pemilik tidak mahu menggunakan khidmat peguam untuk membuat perjanjian sewa rumah atau pejabat kerana kos yang dikenakan agak membebankan. Sesetengah pemilik pula tidak mempunyai banyak masa untuk bertemu peguam untuk tujuan tersebut. Oleh itu, jika anda dapat menawarkan servis yang berpadanan dengan kehendak pemilik tersebut, anda ialah pihak yang akan mendapat sedikit keuntungan dalam transakasi ini! Oleh kerana penjualan dokumen adibuat melalui internet, harga yang dikenakan perlulah tidak tinggi. Tetapi anda perlu menjaga segala peruntukan Akta Hakcipta dan lain-lain, supaya dokumen yang anda jual tidak pula menjadi bahan cetak rompak.
Servis menaip
Perkhidmatan jenis ini boleh dilakukan oleh ramai orang kerana pada zaman teknologi maklumat ini, setiap orang pasti mempunyai kemahiran menaip. Anda pasti pula tertanya-tanya dan merasakan seperti mustahil untuk buat duit melalui servis menaip oleh kerana ramai orang sudah mahir menaip. Masa adalah faktor utama yang menyebabkan segolongan orang yang mahir menaip tetapi tidak mempunyai banyak masa untuk melakukannya. Contoh golongan tersebut ialah pelajar terutamanya mereka yang mengambil kelas diwaktu malam atau hujung minggu atau diluar waktu bekerja. Mereka yang sibuk dengan kerja harian selalunya memerlukan khidmat seseorang yang lain untuk menyiapkan latihan-latihan atau kerja kursus untuk kelas-kelas yang mereka ambil.
Cara untuk mengiklan servis anda cukup mudah. Pertamanya anda boleh pamirkan iklan di papan kenyataan di universiti-universiti dan kolej-kolej samada berdekatan atau jauh dari kawasan anda. Lokasi pelanggan anda tidak menjadi faktor yang membebankan kerana anda boleh menghantar hasil kerja anda yang telah siap melalui internet sahaja. Anda juga boleh mengiklan servis menaip anda di laman web atau forum yang boleh anda ikuti di atas talian. Panduan mudah ialah anda perlu memilih forum yang bersesusaian dengan servis menaip yang anda ingin iklankan. Semasa membuat iklan, anda perlu fikirkan apakah maklumat yang perlu anda letak supaya bakal pelanggan tertarik dan mahu melanggan. Satu kelemahan yang harus anda atasi ialah faktor kurangnya atau mungkin tiadanya komunikasi secara lisan apabila anda menawarkan servis menaip melalui internet. Walaubagaimanapun masalah ini boleh diatasi dengan meletakkan iklan anda dalam bentuk video dan jika anda kreatif boleh juga membuat iklan secara video dua hala.
Servis menyediakan kertas kerja
Tahukah anda bahawa permohonan anda untuk mendapatkan pinjaman wang daripada pihak bank juga bergantung kepada mutu dan persembahan sesuatu kertas kerja? Apabila kertas anda lengkap dan mempunyai maklumat yang dipelukan oleh pihak bank atau pemberi pinjaman seperti pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan sebagainya, peluang permohonan anda untuk lulus adalah lebih tinggi.
Pepatah tak kenal maka tak cinta amat sesuai diguna pakai dalam situasi ini. Satu pihak sudah tentu tidak mahu melepaskan wangnya kepada seseorang yang tidak dikenali. Untuk mengenali sebuah syarikat dengan lebih mendalam, kertas kerja yang anda sediakan perlu serlahkan kebaikan yang ada pada syarikat tersebut. Anda pasti boleh melakukan servis ini dengan baik dan efektif jika anda mempunyai pengalaman bekerja di bank atau institusi kewangan.
Servis membuat kertas kerja penyelidikan atau tesis
Servis ini bersesuaian jika anda mempunyai sedikit pengetahuan tentang cara-cara membuat penyelidikan samada secara manual atau penyelidikan bahan-bahan melalui internet. Anda perlu tahu membezakan maklumat yang dicari benar-benar mempunyai integriti atau sebaliknya. Suatu penyelidikan atau tesis harus dihasilkan dengan membuat rujukan yang berkualiti. Maklumat tidak harus diambil dari blog persendirian atau laman web yang tidak boleh dipercayai. Anda juga mesti ingat untuk sentiasa menjaga hak penulis lain sebagaimana yang tercatat di dalam Akta Hakcipta.
credit to: usahawan.com
sekian.

Cara Mudah Tingkatkan Pageview dan Trafik Blog

3 Kategori Entri Meningkatkan Trafik Blog


1. Entri yang mengundang trafik tinggi secara mendadak tetapi terhad jangka masanya.

Entri Isu Hangat Semasa
Isu hangat semasa yang berkait dengan dunia politik, sukan, krisis, tragedi, jenayah dan sebagainya sudah pasti menjadi carian ramai. (sebab inilah agaknya Harian Metro laris) Ianya amat mudah, anda hanya perlu mencedok dari portal-portal berita lalu jadikan entri anda. Apa yang anda perlu pastikan adalah membuat satu tajuk entri yang menarik dan memikat.

Entri Gossip Dan Hiburan
Sekarang ini begitu ramai yang sukakan hiburan. Segala yang berkaitan dengan dunia artis pasti mendapat liputan meluas dan menjadi carian terhangat. Betul atau tidak...itu belakang kira! Ambillah peluang ini, copy paste jer cerita-cerita dan gossip-gossip hangat ini dari portal-portal hiburan yang berlambak di internet (saya tidak galakkan anda buat begini). Mudah kan... Selain dari itu,entri pengenalan dan sinopsis filem terbaru, drama terkini, novel terlaris dan apa sahaja yang diminati oleh orang ramai berkaitan hiburan pasti mampu mengundang trafik yang baik.

Entri Video Online
Sekarang ini ramai yang menggunakan internet untuk menonton rancangan kegemaran mereka. Oleh itu perkongsian online adalah trend terkini. Anda hanya perlu membuat entri pendek tentang filem, drama atau live streming berkenaan lalu buat link ke laman yang menyiarkan video tersebut. Buatlah sinopsis ringkas...sebagai pelengkap entri. Anda lihatlah sendiri hasilnya... Kalau ianya berkait dengan filem dan drama yang popular... trafik dan pageviews anda pasti meningkat dengan mendadak! 

Cara Mudah Mendapatkan Pageview Tinggi2. Entri yang mengundang trafik tinggi tetapi bermusim

Entri Hangat Bermusim.
Anda perlu bijak membuat entri sebegini kerana entri ini hanya akan meningkat apabila tiba musimnya. Contoh termudah seperti PRU, BR1M, Perayaan, Festival, Maharaja Lawak Mega dan sebagainya.

Entri anda mestilah releven untuk setiap musim oleh itu anda perlulah kemaskini mengikut situasi semasa pada musim tersebut. Setiap kali musimnya menjelang tiba, pasti entri anda akan kembali tinggi pageviewnya.

3. Entri yang mengundang trafik blog secara berterusan

Entri Resepi Dan Masakan
Sekarang ini buku resepi dah kurang laku kerana pelbagai resepi begitu mudah anda boleh dapat melalui carian di internet. Ambillah peluang ini dengan membuat entri berkaitan dengan resepi, makanan dan masakan mahupun petua. Ianya tidak mengundang trafik dan pageviews yang mendadak tetapi berterusan dan dalam tempoh-tempoh tertentu ianya mampu melonjak seperti pada bulan Ramadan.

Entri Libur
Entri ini pula berkaitan dengan dekorasi, lanskap, fesyen, travel, pelancongan dan fotografi. Ianya sangat tinggi permintaannya didalam engin carian. Setiap hari, entri sebegini mampu memberikan trafik yang memuaskan dan stabil malah ianya tiada had dan bermusim.

Entri Ilmiah dan Agama
Entri yang berkaitan dengan panduan dan pembelajaran sama ada secara formal atau tidak formal. Topik seperti cara membuat karangan, surat rasmi, mengisi borang dan sebagainya menjadi carian tinggi di enjin carian. Begitu juga cara membuat kraftangan, menjahit, menggubah, DIY dan yang sealiran dengannya. Topik berkaitan dengan agama, teladan dan pedoman juga menjadi entri yang sentiasa mengundang trafik serta mendapat pageviews yang tinggi dan berterusan.

Entri Panduan Blogging Dan Cara Buat Buit Melalui Blog
Setiap hari pasti ada blogger yang ingin meningkatkan ilmu blogging. Jika anda punya ilmu dan pengalaman, kongsikanlah. Walaupun entri-entri sebegini tidak memberikan trafik yang mendadak tetapi ianya sentiasa berterusan. Begitu juga dengan tips-tips untuk pendapatan sampingan melalui blog, ianya tidak menghampakan. 


Read more: http://relakssminda.blogspot.com/2014/05/cara-mudah-mendapatkan-pageview-tinggi.html#ixzz3Pd597kmo
Original article: relakssminda.blogspot.com
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
Follow us: @relakssminda on Twitter | RelaksMinda on Facebook