Thursday 22 January 2015

Pelan diet

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita tentang diet. Diet ni kalau korang nak tahu ada macam2 jenis taw serius banyak ..... Biasa orang yang cari tentang diet ni mesti nak diet yang cepat turunkan berat badan kan? Actually, banyak terlampau banyak cuma kita kena pastikan diet kita tu tak memudaratkan kesihatan kita pada masa akan datang. Kita juga kena ukur baju pada badan sendiri iaitu kita perlulah ikut kemampuan kita.

1. Diet Atkin

Diet ni sangat popular. Memang tak dinafikan sebab kawan2 kat universiti aku pun ramai guna diet ini untuk kuruskan badan. Dan kawan aku yang besar-besar pun memang jadi kurus lah bila guna diet ni. Aku pun mula-mula tak caya bila diaorang tak makan pil bagai , tapi bila ak stalk2 memang diorang guna diet ni je. Diet ni gunakan konsep sehari boleh makan 20 carbs je. Diet ni melebihkan protein dalam pola pemakanan dan kurangkan karbohidrat. Disebabkan protein ambil masa yang lama untuk dicernakan ia akan diproses sebagai sumber tenaga. Apabila tiada karbohidrat
 untuk dibakar sebagai tenaga, badan terpaksa membakar lemak. Proses ini dinamakan ketosis.

2. Diet mengikut jenis darah

Diet ini sesuai dengan keistimewaan golongan darah. Darah A disarankan menjadi sebagai vegetarian kerana memiliki risiko kardiovaskular. Darah B makan makan beragam makanan terutama olahan susu, daging dan ikan. Golongan AB gabungan pola makanan A dan B. Manakala darah A digalakkan memakan makanan protein tinggi dan rendah karbohidrat.

3. Diet Detox

Diet detox ini juga boleh mengurangkan berat badan dengan begitu cepat. Kurangnya berat badan bukan kerana hilangnya lemak semata-mata, tetapi kehilangan air juga ya kawan-kawan. Diet serat tinggi ini akan mengurangkan berat badan dan toksin juga didalam badan kita.

4. Diet Seimbang

Diet seimbang adalah diet yang disyorkan sejak zaman berzaman. Tudia, zaman berzaman kau. Semasa kita masih dalam zaman persekolahan lagi kita disarankan mengamalkan diet ni kerana mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Tetapi, kita juga kena berhati-hati sebab takut kalori terlebih dan akan menaikkan berat badan kita pula nanti.

5. Diet Kevin Zahri

Kenal kan kevin zahri ? Beliau ni dikenali dengan program jom kurus dan dikenali kerana berjaya buatkan orang ramai kurus. Konsep diet beliau ialah pada pandangan aku berpada2, tak payah nak over sangat bila nak makan tu. Jangan ikut nafsu. Kalau teringin sangat boleh makan, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Makan nasi segenggam, minum air kosong, makan protein, makan kerap, pastikan ada serat, ambil tahu kalori yang diambil,minum air manis separuh gelas, tak pun bila order kat mamak tu order separuh gelas ke kalau tak nak membazir. Boleh ke macam tu? haha, share la dengan kawan2 ke. Dan juga kunyah makanan 40 kali. Ya ianya sunnah nabi kita.

Ok, ni je kot  yang dapat kongsikan. Tak larat nak taip banyak2. Pilih diet tu elok2. Jangan main serbu je sebab diet tu berkesan kat ramai orang. Mungkin sesetengah benda tu berkesan kat orang bukannya kita. Kita kan rare. lol. Banyak mengarut ni. Tapi, kalau nak cari pelan diet lain try tengok ebook ni 20 contoh Pelan Diet Malaysia.


Sekian

No comments:

Post a Comment