Showing posts with label JOM KURUS. Show all posts
Showing posts with label JOM KURUS. Show all posts

Friday 30 January 2015

Mempunyai masalah kegemukan?? Baca ni!!



   Assalamualaikum


   Malaysia adalah antara negara yang mempunyai masalah kegemukan yang banyak.
   Gemuknya masyarakat Malaysia kerana gagal dalam mengawal nafsu makan.
   Almaklumlah, negara Malaysia yang tercinta ni kaya dengan pelbagai penganut agama, budaya, bangsa, MAKANAN dan pelbagai lagi.

Gambar:amirulasril.com
Dengan kepelbagaian yang ada, peluang yang ada untuk makan , kesenangan hidup untuk makan, jadi ramailah yang hobinya makan.
    Bila berat badan dah meningkat naik, baru sedar badan bagai dah dipam2x.
    Masa inilah baru nak cari produk, tips, diet berkesan dan macam2x lagi.
    Tapi apa kata anda semua ikut tips yang ada kat blog Kevin Zahri. 





Beliau banyak bantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan berat badan ideal, mencapai BMI seimbang atau BMI yang diinginkan. Beliau juga ada menjual ebook yang membongkar rahsia untuk menjadi kurus dalam masa yang singkat, tips kawal nafsu makan, workout yang sesuai dan mudah tanpa memerlukan kos dan pelbagai lagi ebook menarik. So , apa lagi.... mehla ikut baq hang!!

    Sekian


Saturday 24 January 2015

10 Cara Nak Kuruskan/Menurunkan Berat Badan

1. Kurangkan makan di luar

Selain kurus dan sihat anda dapat menjimatkan duit poket anda. Jika makan di luar, dari memesan makanan berlemak cuba tukar kepada memesan makanan menyihatkan dan kurang minyak.
2. Jikalau anda senang timbul nafsu makan makanan ringan gunakan kaedah dimana jangan simpan stok di rumah
Jikalau hendak makan juga tetapkan anda perlu berjalan ke kedai membelinya. Dengan cara menyusahkan ini anda pasti jadi malas seterusnya dapat mengelak makan makanan ringan ini. Mengelak makanan ini akan menurunkan berat badan dengan cepat.
3. Pastikan makan sarapan berkalori tinggi


Cuba makan sarapan kalorinya dalam 300 kalori. Tapi pastikan makanan ini adalah campuran makanan yang sihat seperti bijirin dan makanan berprotin tinggi.
4. Cuba petua dimana contohnya semasa membasuh pinggan cuba lakukan senaman ringan yang memerlukan seluruh badan bergerak ataupun menari

Percayalah bahawa ia berkesan membakar lebihan lemak dalam badan. Cuba juga mengelakkan tabiat buruk seperti makan makanan ringan semasa menonton TV.

petua kuruskan badan
5. Ambil inspirasi dan motivasi dari lagu
Contohnya muatkan lagu-lagu dalam iPod. Pastikan lagu-lagu ini adalah lagu yang memberi motivasi kepada anda. Semasa melakukan senaman dengar akan lagu-lagu ini. Semasa bersenam anda akan ingin mendengar keseluruhan lagu-lagu ini sehingga habis. Secara tak sedar anda akan memanjangkan waktu senaman anda. Dijamin dalam masa singkat secara berterusan mengunakan petua ini anda akan menurunkan berat badan anda dengan cepat.
6. Dalam sehari cuba menghabiskan masa berlari selama 20 minit
Dalam kajian yang telah dilakukan dan terbukti berkesan dimana subjek yang digunakan telah berjaya menurunkan berat badan dengan cepat.

tips kuruskan badan
7. Tukarkan saiz makanan kepada saiz kecil
Jika sebelum ini anda membeli hidangan bersaiz besar cuba tukar dengan hanya membeli hidangan yang kecil seperti kentang saiz kecil dan minuman saiz kecil.
8. Berhenti tabiat merokok anda

Gunakan duit tersebut untuk mendaftarkan masuk diri anda kedalam gym yang bersesuaian dengan anda. Dapatkan jikalau boleh jurulatih peribadi untuk membantu anda jadi sihat dan menurukan berat badan dengan cepat.
9. Bawa haiwan peliharaan berjalan-jalan


Bagi yang mempunyai haiwan peliharaan gunakan 10 minit sehari untuk membawa haiwan peliharaan anda berjalan-jalan.

cara nak kuruskan badan
10. Elak makan selepas pukul 7 malam selama 5 hari seminggu
Bagi mendapatkan tips kurus dari pakar fitness sila layari blog kevin zahri dan ebook kurus yang mengandungi pelbagai tips dan panduan kurus dari beliau.
credit to : di



Thursday 22 January 2015

Tambah berat badan versus kurangkan berat badan

Assalamualaikum..

Guys, dalam post kali ni nak membincangkan tambah berat badan vs kurangkan berat badan. Manusia ini kadang-kadang macam tak tahu nak bersyukur. Ada yang nak naikkan berat badan dan ada yang nak turunkan berat badan. Tak pernah nak puas dengan diri dia. Eh! eh! jangan celupar sangat naa... mungkin dia nak bina keyakinan diri, mungkin bmi dia tak seimbang, mungkin dia nak jaga kesihatan. mana tahu kan??? Lagi satu dia punya badan, lantak pi la sama dia. Haha.

okok... orang yang nak kurangkan berat badan ni biasanya orang gemuk.... ya gemuk la. Tapi, tak tahu lah mata orang tu sendiri. Kadang2 kita tengok dia ok je, tapi sebab dia nak turunkan lagi berat badan dia ,biarlah. Lagi sekali mahu ingatkan! badan dia biarkan kalau anda nak jugak meh ushar Kevin Zahri punya ebook ye kawan2. Jangan pulak korang usha dia , dah kahwin dah tu! ok... hambar.

okok... orang yang naikkan berat badan ni pulak biasanya mestilah orang kurus keding. Mungkin juga ada kes rare yang buatkan orang gemuk nak gemuk lagi. Hmm, kalau ada sememangnya rare. Kalau nak tahu jugak boleh gak ushar ebook kevin zahri ni. Beliau boleh tolong korang dengan ebook beliau.

Tapi, dengan syarat kena la amalkan. Bak kata pepatah arab, ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah. Dah dapat ilmu tu amalkan kat badan korang insyallah mencapai hasrat yang diinginkan. Aminnn...

Sekian..

How to Gain 5kg in 10 Weeks Banner





Pelan diet

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita tentang diet. Diet ni kalau korang nak tahu ada macam2 jenis taw serius banyak ..... Biasa orang yang cari tentang diet ni mesti nak diet yang cepat turunkan berat badan kan? Actually, banyak terlampau banyak cuma kita kena pastikan diet kita tu tak memudaratkan kesihatan kita pada masa akan datang. Kita juga kena ukur baju pada badan sendiri iaitu kita perlulah ikut kemampuan kita.

1. Diet Atkin

Diet ni sangat popular. Memang tak dinafikan sebab kawan2 kat universiti aku pun ramai guna diet ini untuk kuruskan badan. Dan kawan aku yang besar-besar pun memang jadi kurus lah bila guna diet ni. Aku pun mula-mula tak caya bila diaorang tak makan pil bagai , tapi bila ak stalk2 memang diorang guna diet ni je. Diet ni gunakan konsep sehari boleh makan 20 carbs je. Diet ni melebihkan protein dalam pola pemakanan dan kurangkan karbohidrat. Disebabkan protein ambil masa yang lama untuk dicernakan ia akan diproses sebagai sumber tenaga. Apabila tiada karbohidrat
 untuk dibakar sebagai tenaga, badan terpaksa membakar lemak. Proses ini dinamakan ketosis.

2. Diet mengikut jenis darah

Diet ini sesuai dengan keistimewaan golongan darah. Darah A disarankan menjadi sebagai vegetarian kerana memiliki risiko kardiovaskular. Darah B makan makan beragam makanan terutama olahan susu, daging dan ikan. Golongan AB gabungan pola makanan A dan B. Manakala darah A digalakkan memakan makanan protein tinggi dan rendah karbohidrat.

3. Diet Detox

Diet detox ini juga boleh mengurangkan berat badan dengan begitu cepat. Kurangnya berat badan bukan kerana hilangnya lemak semata-mata, tetapi kehilangan air juga ya kawan-kawan. Diet serat tinggi ini akan mengurangkan berat badan dan toksin juga didalam badan kita.

4. Diet Seimbang

Diet seimbang adalah diet yang disyorkan sejak zaman berzaman. Tudia, zaman berzaman kau. Semasa kita masih dalam zaman persekolahan lagi kita disarankan mengamalkan diet ni kerana mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Tetapi, kita juga kena berhati-hati sebab takut kalori terlebih dan akan menaikkan berat badan kita pula nanti.

5. Diet Kevin Zahri

Kenal kan kevin zahri ? Beliau ni dikenali dengan program jom kurus dan dikenali kerana berjaya buatkan orang ramai kurus. Konsep diet beliau ialah pada pandangan aku berpada2, tak payah nak over sangat bila nak makan tu. Jangan ikut nafsu. Kalau teringin sangat boleh makan, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Makan nasi segenggam, minum air kosong, makan protein, makan kerap, pastikan ada serat, ambil tahu kalori yang diambil,minum air manis separuh gelas, tak pun bila order kat mamak tu order separuh gelas ke kalau tak nak membazir. Boleh ke macam tu? haha, share la dengan kawan2 ke. Dan juga kunyah makanan 40 kali. Ya ianya sunnah nabi kita.

Ok, ni je kot  yang dapat kongsikan. Tak larat nak taip banyak2. Pilih diet tu elok2. Jangan main serbu je sebab diet tu berkesan kat ramai orang. Mungkin sesetengah benda tu berkesan kat orang bukannya kita. Kita kan rare. lol. Banyak mengarut ni. Tapi, kalau nak cari pelan diet lain try tengok ebook ni 20 contoh Pelan Diet Malaysia.


Sekian