Thursday 22 January 2015

Drama Review- Pinocchio

Assalamualaikum

Pinocchio baru saja melabuhkan tirai minggu lepas. Watak utama drama ni Lee Jong Suk (Choi Dal Po/ Ki Ha Myung) , Park Shin Hye (Choi In Ha), Kim Young Kwang ( Seo Bum Jo)  dan Lee Yoo Bi (Yoon Yu Rae). Drama ni serius best!! Tak rugi tengok bagi yang belum tengok. Lagi sekali perlu ditegaskan, sebelum marathon drama ni sediakan popcorn dan tisu. Korang akan gelak dan menangis semahunya bila tengok drama ni.

Korang akan tahu erti hubungan kekeluargaan yang sebenar, realiti kehidupan sebenar, macam mana nak hadapi benda yang korang tak jangkakan, sifat sebenar manusia di sebalik topeng dan banyak lagi. ianya bukan sekadar cinta....

Cerita ini sedikit komplikated kalau tak tengok dari awal, jadi kena tengok dari awal dan jangan skip2. Nanti kalau skip2, episod akan datang korang akan hilang clue kenapa benda tu terjadi, jadi sentiasa kena alert.

Pinocchio ni menceritakan tentang penipu. Penipuan yang dibuat oleh seseorang manusia dan kesan kepada orang yang terkena tempias akibat penipuan yang boleh dibuat oleh orang lain terhadap dirinya. Ha... paham tak? Kalau tak paham sila baca lagi sekali. Serius penipuan ni akan buatkan hidup orang lain musnah.

Choi In Ha dalam drama ni menghidapi pinocchio syndrome. Pinocchio syndrome yang dia ada ni bukanlah setiap kali dia menipu hidung dia jadi panjang. Tapi setiap kali dia menipu dia akan tersedu. Cita-cita dia nak jadi wartawan sebab tu je kerja yang dia rasa sesuai bagi diri dia. Dia ingat media hanya akan menyalurkan berita yang betul je. Tapi masa interview dengan mak dia iaitu Sung Cha Ok, baru dia sedar kenapa pinocchio tak boleh jadi wartawan.

Choi In Ha putus asa dan nasib baik ada Choi Dal Po a.k.a pakcik dia yang yakinkan dia untuk jadi wartawan. Dia pakcik Choi In Ha tapi dia sebaya dengan Choi In Ha.

Macam mana Choi Dal Po/ Ki Ha Myung boleh jadi pak cik Choi In Ha? Adakah Choi Dal Po dan Choi In Ha akan bercinta? Bolehkah seorang Pinocchio jadi wartawan? Kepada yang belum tengok, cari dan tontonlah drama ni. Serius best!!

Sekian..



No comments:

Post a Comment