Showing posts with label DRAMA REVIEW. Show all posts
Showing posts with label DRAMA REVIEW. Show all posts

Thursday 22 January 2015

Drama Review-Zahira

Assalamualaikum..

Seperti yang kita tahu, drama zahira slot samarinda baru saja tamat semalam. Drama dengan penamat tak boleh blah lakonan Adi Putra ( Iqbal) dan Zara Zya (Zahira). Mana2 yang terlepas tengok mana-mana episod try usha link gengtube.com ni.

Cerita ni sangat sempoi ceritanya. Mungkin watak Zahira yang sempoi buatkan aku rasa drama ni sempoi. Bagi yang belum tengok 1 episod pon dan nak try marathon drama ni, sediakan popcorn dan tisu dahulu ye.

Zahira ni seorang yang bijak, cantik dan mempunyai hati yang baik. Tetapi apakan daya, dia miskin dan mempunyai mak angkat iaitu mak ani. Nasib baik Mak Ani ni baik, dapat didik  Zahira dengan penuh kasih sayang,tapi malangnya Mak Ani selalu sakit-sakit dan banyak hutang. Zahira juga ada seorang pak we yang tak guna bernama Sufian. Lepas graduate, Zahira memang nak cari kerja, kumpul duit banyak2 nak bantu Mak Ani.

Last2 Zahira ni jadi pengasuh anak2 Iqbal. Iqbal ni serius scary sebab garang gila. Pastu suka stail old-school. Orang semua dah moden, semua dah dihujung jari dia masih nak gunakan cara tradisional.

ok, nanti korang tengoklah macam mana Zahira ubah perangai Iqbal yang suka membongkak ni, tentang perangai Sufian yang jahat, macam mana Zahira handle anak-anak Iqbal dan sebagainya ok.

Sekian..

Drama Review- Pinocchio

Assalamualaikum

Pinocchio baru saja melabuhkan tirai minggu lepas. Watak utama drama ni Lee Jong Suk (Choi Dal Po/ Ki Ha Myung) , Park Shin Hye (Choi In Ha), Kim Young Kwang ( Seo Bum Jo)  dan Lee Yoo Bi (Yoon Yu Rae). Drama ni serius best!! Tak rugi tengok bagi yang belum tengok. Lagi sekali perlu ditegaskan, sebelum marathon drama ni sediakan popcorn dan tisu. Korang akan gelak dan menangis semahunya bila tengok drama ni.

Korang akan tahu erti hubungan kekeluargaan yang sebenar, realiti kehidupan sebenar, macam mana nak hadapi benda yang korang tak jangkakan, sifat sebenar manusia di sebalik topeng dan banyak lagi. ianya bukan sekadar cinta....

Cerita ini sedikit komplikated kalau tak tengok dari awal, jadi kena tengok dari awal dan jangan skip2. Nanti kalau skip2, episod akan datang korang akan hilang clue kenapa benda tu terjadi, jadi sentiasa kena alert.

Pinocchio ni menceritakan tentang penipu. Penipuan yang dibuat oleh seseorang manusia dan kesan kepada orang yang terkena tempias akibat penipuan yang boleh dibuat oleh orang lain terhadap dirinya. Ha... paham tak? Kalau tak paham sila baca lagi sekali. Serius penipuan ni akan buatkan hidup orang lain musnah.

Choi In Ha dalam drama ni menghidapi pinocchio syndrome. Pinocchio syndrome yang dia ada ni bukanlah setiap kali dia menipu hidung dia jadi panjang. Tapi setiap kali dia menipu dia akan tersedu. Cita-cita dia nak jadi wartawan sebab tu je kerja yang dia rasa sesuai bagi diri dia. Dia ingat media hanya akan menyalurkan berita yang betul je. Tapi masa interview dengan mak dia iaitu Sung Cha Ok, baru dia sedar kenapa pinocchio tak boleh jadi wartawan.

Choi In Ha putus asa dan nasib baik ada Choi Dal Po a.k.a pakcik dia yang yakinkan dia untuk jadi wartawan. Dia pakcik Choi In Ha tapi dia sebaya dengan Choi In Ha.

Macam mana Choi Dal Po/ Ki Ha Myung boleh jadi pak cik Choi In Ha? Adakah Choi Dal Po dan Choi In Ha akan bercinta? Bolehkah seorang Pinocchio jadi wartawan? Kepada yang belum tengok, cari dan tontonlah drama ni. Serius best!!

Sekian..



Drama Review-My Love From Another Star

Assalamualaikum

Guys!! Dah tengok My Love From Another Stars. Actually, aku dah lama dah tengok cerita tu cuma baru berkesempatan nak review cerita tu.Watak utama cerita ni Kim Soo Hyun dan Jeon Ji Hyun. Cerita ini adalah dalam 21 episod. Haha, lepas tengok cerita ini, korang mesti nak kahwin dengan alien punyalah. LOL. Ok, hambar...

Kim Soo Hyun dalam cerita ini melakonkan watak Do Min Joon. Secara klisenya, alien yang datang kat bumi, kapal terbang rosak, kawan2 alien yang lain dapat balik dan tinggal lah Do Min Joon sorang2 kat bumi. Do Min Joon ni duduk kat bumi dari Dinasti Joseon sampailah tahun 2014. kira2 400 tahun gak. Kenapa dia tak mati2? Sebab dia kan alien, masa dia dengan planet dia lain dengan bumi. Kenapa muka dia macam manusia? Sebab dia kata alien2 kat planet dia muka lebih kurang macam manusia kat bumi cuma ada kuasa supernatural secara klisenya.

Jeon Ji Hyun dalam cerita ni melakonkan watak Cheon Song Yi. Dia pikir dia ni hebat sangat. Yelah Hallyu Star, cantik plak tu! Dia ni kalau nak cakap apa-apa mesti ikut sedap mulut dia je. Omputih cakap blunt-talking. Blunt-talking dia pun dia ni popular lah dalam kalangan lelaki. Orang cantik katakan... hmmm...

Okla cerita ni overall lawak, romantik dan sedih. Do Min Joon ni sebenarnya kalau boleh tak nak bercinta sebab masa dulu2 dia pernah jatuh cinta dengan sorang manusia ni, last2 meninggal. Jadi, dia takut nak bercinta sebab takut nak hadapi kehilangan. Cewah. Dalam era sekarang, satu hari tu, tetiba dia dapat signal dari kawan2 dia, dan dia boleh balik planet dia. Dia eksaited la kan. Tapi...tapi2x 1 hari dia jumpa Cheon Song Yi. Cheon Song Yi ni muka dia macam awek dia yang dulu2 masa Dinasti Joseon tu. Dia cuba dah tahan perasaan dia daripada jatuh cinta lagi, last2 fall in love plak juga dengan Cheon Song Yi.

Cheon Song Yi ni sebab dia bongkak sangat, ramai nak jatuhkan dia. Satu hari ada perselisihan faham, dia kena hentam dengan media dan peminat2 dia. Semua connection dia dengan orang lain terputus sebab gosip murahan yang melanda dia. Nasib baik dia ada si gagah dan si supernatural Do Min Joon, selamat lah dia dari manusia2 yang kejam ni.

apa2 hal, korang try la usha youtube ke, drama crazy ke untuk tengok cerita ni selanjutnya. Serius best! tak tipu! Korang mesti tertanya2x, apa gosip yang melanda Cheon Song Yi? Sapa puncanya? Kisah akhir percintaan Do Min Joon dan Cheon Song Yi? dan macam2 lagi kan yang melanda kepala otak korang bagi yang belum tengok cerita ni kan??? Jadi cepat2lah cari dan tonton. Jangan lupa sediakan tisu dan popcorn kalau nak marathon drama ni . :D