Thursday 22 January 2015

Drama Review-Zahira

Assalamualaikum..

Seperti yang kita tahu, drama zahira slot samarinda baru saja tamat semalam. Drama dengan penamat tak boleh blah lakonan Adi Putra ( Iqbal) dan Zara Zya (Zahira). Mana2 yang terlepas tengok mana-mana episod try usha link gengtube.com ni.

Cerita ni sangat sempoi ceritanya. Mungkin watak Zahira yang sempoi buatkan aku rasa drama ni sempoi. Bagi yang belum tengok 1 episod pon dan nak try marathon drama ni, sediakan popcorn dan tisu dahulu ye.

Zahira ni seorang yang bijak, cantik dan mempunyai hati yang baik. Tetapi apakan daya, dia miskin dan mempunyai mak angkat iaitu mak ani. Nasib baik Mak Ani ni baik, dapat didik  Zahira dengan penuh kasih sayang,tapi malangnya Mak Ani selalu sakit-sakit dan banyak hutang. Zahira juga ada seorang pak we yang tak guna bernama Sufian. Lepas graduate, Zahira memang nak cari kerja, kumpul duit banyak2 nak bantu Mak Ani.

Last2 Zahira ni jadi pengasuh anak2 Iqbal. Iqbal ni serius scary sebab garang gila. Pastu suka stail old-school. Orang semua dah moden, semua dah dihujung jari dia masih nak gunakan cara tradisional.

ok, nanti korang tengoklah macam mana Zahira ubah perangai Iqbal yang suka membongkak ni, tentang perangai Sufian yang jahat, macam mana Zahira handle anak-anak Iqbal dan sebagainya ok.

Sekian..

No comments:

Post a Comment